Saturday, December 27, 2008
Manchester United 1, stoke 0
Kak ya! Semuanya terjawab.
7 ciri lelaki/wanita idaman anda :
.solat cukup, tak tinggal
.sopan santun, baik hati,peramah
.CANTiK! hehe
.dapat menerima keluarga syafiq
.berketurunan yang baik-baik
.cool, x suke marah2
.menyayangi saya/ haha, uuuuweek~
7 ciri lelaki/wanita yang tak pernah anda minati sepanjang hidup anda :
.penjahat.
.kaki pukul,kaki judi,kaki botol!
.x suka berfikir panjang
.kelam-kabut
.x sporting
.malas belajar.hehehe
.HiPOKRiT. benci gile.
.mata duitan.
7 perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati :
Mesti la seronok.konfem x boleh tidor malam.
tempat istemewa yang ingin anda lawati bersama pasangan anda :
.mekah al-mukarramah
.madinah al-munawwarah
.palestin?
.indonesia **hint2** hehe
.london
.tokyo
.disneyland
.paris
.pulau pangkor? Heh
7 barangan/ sesuatu yang istimewa yang akan dihadiahkan kepada si dia :
Huh? Istimewa? Heh
.jersey CHELSEA fc. Lawa uh.
.levi’s siam? Hahaha (oke la tu)
.lagi? tah laa.
7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda :
.screamo? Greeley estate-yall with vampires (sila alihkan pendengaran jika tidak mampu mendengar)
.the verves-bittersweet symphony
.twinkle2 little star.
.sheila on 7-sebuah kisah klasik
.negaraku?
.lenka-the trouble is friend
Lagi? X tahu lah. Hehehe
7 wanita/lelaki yang kene jawab tag ini :
Suraya bt nazri, ony, fatin, exa, kak sophea bt. Dato’ shafie, da lah tu.
Haa. Ni jelah yang dapat dijawab.
Heh!
Oke la tu an?
Friday, December 26, 2008
Sehari selembar benang + dua hari, dua lembar +tiga hari? Kira lah sendiri
Lagi pun, bola sepak ni, aku dah anggap for fun only. X terfikir dah nak jadi pemain bola sepak suatu hari nanti walaupun, dahulu, ingatan aku hanya untuk menjadi seorang pemain bola sepak professional. Aku tahu. Aku x boleh maju dalam sukan. Dah tau sukan x bla, blaja lak malas. Haha. Kesimpulannya. Hajat aku pada tahun ini hanya 1 iaitu untuk mendapat keputusan yang membanggakan dan menempah tiket ke institusi pengajian tinggi!
Assalamualaikum!
Thursday, December 25, 2008
coretan yang mampu diukir
Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semo orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me...
Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak gune
Awak,
Hari ni awak tego saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boley berenti borak
Awak,
Hari ni saya tego awak
Tapi saya tego awak dalam hati
Jadik awak tak penah dengar all the gud lucks and
take care hari2
Awak,
Hari ni kita duduk semeje
Tapi raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa
Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik saya blah mcm tu ajer
Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi
Awak,
Hari ni saya nampak awak kat Mc D
Tapi awak tak macam dulu lagi, dah berteman
Jadik saya terdiam sendiri
Awak,
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenape tak boley pegi
Awak,
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik nak tak nak terpakse sendiri
Awak,
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
awak focus kat tv
Awak,
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedey
Awak,
besok antare kita
ader balai berlepas
besok tak de besok untuk saya
besok jugak tak de besok untuk awak
Awak,
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit hati
Awak,
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji...
semua ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah penah
saye miliki.
Terime kasih Awak..Terima kasih sangat2 sebab pernah menyayangi diri saya
Friday, December 19, 2008
huh? ab or c?
A Boy Can Do Everything For Girl
In Reverse
Girl Forget Everything Done & Catches new Boy Again
Vatican Sayings
kesusahan dan tidak menyusahkan sesiapa;maka dia bebas dari
kemarahan dan ketidakadilan, kerana itu melambangkan kelemahan.
2.Kesakitan badan yg berpanjangan tidak lama;sakit yg teramat
hanya ada utk jangka masa yg sangat pendek, dan kesakitan yg
melebihi kesenangan tidak bertahan untuk banyak hari sekali.
Penyakit berpanjangan membawa kesenangan yg lebih daripada kesakitan.
3.Kita mesti membebaskan diri dari 'penjara' pendidikan awam dan
soal politik.
4.Tiada gunanya mendapatkan perlindungan daripada orang lain
selagi kita merisaukan kejadian yang berlaku di alam dan akhirat.
The end of crisis
Friday malam (Mari bercerita)
Kawan saya beritahu, malam jumaat adalah masa yang paling afdal untuk melakukan proses persenyawaan. Betulkah? Tapi, bagi saya, malam ini, saya hanya membaca sebuah novel(1st time rase nya bace noval sampai habis) yang bertajuk “Panglima Salleh Selempang Merah” oleh Zaharah Nawawi. Novel ini berkisar tentang seorang pahlawan, Panglima Salleh. Nama Panglima Salleh terukir dalam sejarah tanahair kerana kepahlawanan menentang pasukan komunis yang bermaharajalela di kawasa n selatan tanah air khususnya di Johor. Peristiwa berdarah yang tragik ini berlaku di sekitar penghujung zaman Perang Dunia Kedua. Nama Panglima Salleh telah menjadi ‘sinonim’ dengan selempang merah kerana di situlah lambang kegagahan dan kepahlawanan beliau. Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan kepaa kalian.
Kecil-kecil cili padi
Kita diasuh sejak dari kecil lagi. Sejak kita mula membuka mata dan melihat dunia, tiada apa yang kita ketahui. Hanya tangisan yang terus dilaungankan. Tetapi, ibu dan bapalah yang terus mendidik kita tentang apa yang kita tidak ketahui, apa yang baik, dan apa yang buruk. Sehingga tangisan kita berkurangan, dan masa terus berlalu, serta umur makin meingkat, kita di hantar ke pusat pendidikan ataupun sekolah, untuk memperoleh ilmu untuk belajar tentang kehidupan, dan pada hari perhitungan. Kita dihantar untuk menjadi seorang manusia yang berguna kelak. Ibu dan bapa sanggup menghabiskan wang mereka da memerah tenaga untuk terus bekerja tanpa kenal erti penat untuk terus membesarkan kita. Bersambung…
Kasut kesayangan lagi. Masihkah?
sewaktu sebelum bermulanya kemusnahan
selepas kemusanahan melanda. ah! kasutku
Thursday, December 18, 2008
Akhbar jadi pedoman
Bercerita tentang semalam
Ya. Saya baru sahaja pulang dari medan peperangan(gig).Maafkan saya jika itu bukanlah bahasa yang sesuai untuk digunakan.Tetapi, itulah hakikatnya kerana,badan ku terasa sungguh sakit yang teramat sangat akibat padah menyertai MOSH.uh. biasa lah tu, nama pun gig. Kalau tidak sakit badan, bukan gig namanya. Bayaran yang dikenakan juga saya rasa berbaloi dengan band yang perform. Last strive(kedah),bleeding mascara(perak),Maya(ipoh) dan lain2. Maaf ya, saya tidak tahu band yang seterusnya kerana saya pulang awal berikutan masalah yang bakal melanda jika saya pulang terlalu lewat, maklumlah, saya sudah berpunya.Lagipun, ibu mesti bising jika pulang lewat.Tetapi, ok lah tu, balik pukul 12 mlm. Puas hati jugaklah.Kawan saya pun nak pulang awal ke rumah. So, ikut sahajalah. Semasa enjin motor sudah di bergerak, saya terus berfikir untuk meminjam memory card kerana sewaktu upacara gig berlangsung, banyak gambar yang berjaya disimpan ke dalam memory tersebut.Saya terus menyuruh kawan saya Alif(bukan nama sebenar) untuk terus pergi ke rumah Fais(bukan nama sebenar).Sampai sahaja disana, saya terus berbincang dengannya mengenai memory card tersebut dan card reader untuk dipinjam.Saya terus berdegil denganya untuk memijam, akhirnya dia mengalah dan saya menerima apa yang dihajati. Selepas itu, saya terus menyuruh Alif(bukan nama sebenar) bergerak pulang ke rumah.Sebelum bergerak, Zul(bukan nam sebenar) yang telah menumpangkan Fais(bukan nama sebenar) untuk ke gig, telah memulangkan semula kedua-dua helmet milik saya.Saya terus menyambut dan card reader tersebut saya telah letakkan didalam raga motor kawan saya(memory card terselit di situ juga, malas untuk mengambil dan meletakkan ke dalam poket).Selepas itu, saya terus melambai-lambaikan tangan ke arah kawan saya kerana rumah kami terletak di berlainan tempat atau kawasan, dia juga turut melakukan sebegitu lantas memerahkan throttle motornya.Sampai sahaja dirumah, saya terus meletakkan kedua-dua topi keledar keselamatan tersebut di atas sebuah kabinet. Saya terus masuk ke dalam rumah sambil memegang erat card reader tersebut dan saya ternampak sekujur tubuh.Oh, jangan lari dahulu, sebentar. Itu adalah kakak saya yang hanya kusyuk menonton televisyen.Saya terus melangkah untuk ke bilik dan sampai sahaja di bilik,saya terus melemparkan card reader tersebut ke atas sebuah katil . Selepas itu, saya terus menggapai sebuah telefon bimbit saya yang terletak diatas meja. Saya sengaja untuk tidak bawa ke gig kerana tidak mahu ibu menelefon saya untuk pulang awal. Hehe. Selepas itu, saya terlihat sebuah message yang belum dibaca dan terus membukanya. Oh. Itulah, kekasih hatiku, Liyana namanya. Dia menghantar mesej tepat pada pukul 11.34 p.m. Saya terus reply message tersebut dan ke dapur untuk menjamah masakan ibu saya. Oh. Sedap sekali, bihun sup! Ah, tanpa memikirkan apa-apa, laju sahaja saya menjamah rezeki tersebut. Selesai sahaja menjamah, tiba-tiba kakak saya ke dapur untuk mendapatkan air.Dahaga kot. Dia bertanya “sape turun(perform gig)”. Saya menjawab “(alaa, kau x kenal kot. Hardcore. Indie x de”). Dia terus menutup peti ais dan beredar.Saya pun turut melakukan sebegitu. Saya ke bilik dan terus menyalakan pc saya untuk memuat turun gambar saya daripada card reader tersebut.Apabila pc telah beroperasi, saya pelik kerana car reader tidak boleh mengesan memory card. Akhirnya, malang telah menimpa saya.Memory card kawan saya telah hilang! Mungkin telah tejatuh dalam perjalanan menuju ke rumah saya.Oh my god! Saya terus bertanyakan Alif(bukan nama sebenar) bahawa adakah dia menjumpai cip bodoh tersebut.Saya juga menyuruh dia memeriksa didalam raga motornya.Dia telah mencari dan operasi mencari dan menyelamatnya juga gagal.Saya sungguh hampa dan telah berbincang dengan buah hati saya bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ini. Dia menenangkan saya dan dia memberitahu saya bahawa jika rumah kami berdekatan, dia mahu menyumbangkan sedikit pitis(fulus) untuk menggantikan cip tersebut.Saya memberitahunya bahawa, saya tidak mahu menggunakan wangnya. Saya faham, hati nya amat mulia dan ikhlas ingin membantu saya.Tetapi, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun dalam permasalahan yang saya kecapi.Saya telah mencari diluar dan didalam rumah. Gaya saya ketika malam itu tidak asing seperti gaya seorang perompak menyuluh tochlight untuk menyelinap masuk ke dalam rumah(pecah rumah).Akhirnya, tension dan penat, saya mengambil keputusan untuk tidur kerana keesokan petang, saya tuisyen.Oh tuhan, malang sekali nasib diriku.
Oleh saya, Syafiq.N pada pukul 9.51 a.m
Saya baru sertai
Hai. Saya Syafiq. Peserta baru bagi Blogspot.com.Atas keinginan yang besar, saya mengambil kesempatan untuk menyertai blog.Oh ya, ayat saya, bukanlah NERD,mahupun mengikut tatabahasa yang betul, tetapi, saya hanya mahu memartabatkan lagi bahasa melayu.Siapa lagi kalau bukan kita(rakyat Malaysia).