Saturday, December 27, 2008

Manchester United 1, stoke 0

Hehehe. Seronok gile malam semalam. Yela, saya dan kawan saya pergi lepak-lepak di kedai maple (mamak) untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. MU vs STOKE. Glory,glory MU~ hehe. Yela, best laa., kawan-kawan yang dah lame x jumpe pon ade jugak. Maklumlah, cuti sem. Oh. Jeritan? Haha. Best2. masing-masing tidak mahu menyerah kalah siapa jeritan paling kuat termasuk saya. Heh. Yela, MU da try. Nk masok gol dah kot. Mesti la jerit. Para mamak hanya mampu melihat secara pelik aksi yang di pamerkan oleh kami. Hahaha. Macam gangster la. Buat bising dalam kedai. Ada juga yang hadir bersama ahli keluarga untuk makan dekat situ . Kesian. X selera rasanya makan dekat kedai mamak macam tu. Bising, kecoh! Haha. Tapi, biasalah. Malam sabtu. Mesti la ramai pemuda-pemudi dekat kedai mamak untuk menyaksikan siaran ESPN, STAR SPORT, dan lain-lain. Tapi. Hampa jugaklah. MU macam teruk sikit persembahan die malam tu. Ish! MU penat kot. Maklumlah. Baru pegang trofi Juara kelab-kelab dunia. Hehe. Habis je perlawanan tersebut, para penyokong yang berada di kedai tersebut berpusu-pusu untuk membuat bayaran. Ramai jugak orang. Selepas saya selesai membayar, saya dan rakan-rakan telah mengunjungi butik AL-iKHSAN. Tapi da tutop pon. Heh. Tegok patung-patung yang pakai jersey kt luar tu je (yang dipamerkan). Lawaa sangat. selepas seronok mencuci mata melihat pakaian yang hebat-hebat, kami terus bergerak pulang ke rumah untuk tidur dan menjalani hari-hari yang mendatang.

Kak ya! Semuanya terjawab.

Sory kak ya. Syafiq lupe lah. Haa. Ni haa tag. Heh. Nah! Ambik ni.

7 ciri lelaki/wanita idaman anda :
.solat cukup, tak tinggal
.sopan santun, baik hati,peramah
.CANTiK! hehe
.dapat menerima keluarga syafiq
.berketurunan yang baik-baik
.cool, x suke marah2
.menyayangi saya/ haha, uuuuweek~

7 ciri lelaki/wanita yang tak pernah anda minati sepanjang hidup anda :
.penjahat.
.kaki pukul,kaki judi,kaki botol!
.x suka berfikir panjang
.kelam-kabut
.x sporting
.malas belajar.hehehe
.HiPOKRiT. benci gile.
.mata duitan.


7 perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati :

Mesti la seronok.konfem x boleh tidor malam.


tempat istemewa yang ingin anda lawati bersama pasangan anda :
.mekah al-mukarramah
.madinah al-munawwarah
.palestin?
.indonesia **hint2** hehe
.london
.tokyo
.disneyland
.paris
.pulau pangkor? Heh

7 barangan/ sesuatu yang istimewa yang akan dihadiahkan kepada si dia :

Huh? Istimewa? Heh
.jersey CHELSEA fc. Lawa uh.
.levi’s siam? Hahaha (oke la tu)
.lagi? tah laa.

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda :
.screamo? Greeley estate-yall with vampires (sila alihkan pendengaran jika tidak mampu mendengar)
.the verves-bittersweet symphony
.twinkle2 little star.
.sheila on 7-sebuah kisah klasik
.negaraku?
.lenka-the trouble is friend

Lagi? X tahu lah. Hehehe

7 wanita/lelaki yang kene jawab tag ini :

Suraya bt nazri, ony, fatin, exa, kak sophea bt. Dato’ shafie, da lah tu.

Haa. Ni jelah yang dapat dijawab.
Heh!
Oke la tu an?

Friday, December 26, 2008

Sehari selembar benang + dua hari, dua lembar +tiga hari? Kira lah sendiri

Sehari, tidak sah tanpa dosa. Sehari, tidak sah jika malaikat tidak mencatat keburukan. Biasalah, manusia. Tiada yang sempurna. Hari ini amat bosan sekali. Tiada apa aktiviti yang bagus dapat dilakukan. Tgk tv + makan + sms + tidur. Hari-hari mendatang. Semuanya sama. Mimpi pun, telah berulang kali ditayangkan dalam layar fikiran aku. Entah. Tapi. Masuk sekolah. Keadaan pasti berubah. Memandangkan aku adalah seorang calon S.P.M 2009, aku bertekad untuk berusaha dengan gigih untuk meraih 10A1. ya. Aku mencabar diri sendiri. Alaa, lagipun SPM menjamin masa hadapan. Untuk mencapai cita-cita, harus berusaha. Tapi kan, aku rasa, tahun depan mesti lagi besar cabaran. Yela. Form 5. yang paling besar dalam sekolah. Mesti naik kepala. Lawan cakap cikgu. Patutlah tak berkat apa yang dipelajari. Aku percaya, ini semua angkara gagal mendapatkan kawan yang baik-baik. Mungkin hasutan mereka ataupun diri sendiri. Maaf. Aku tak salah kan rakan-rakan. Tahun depan. Kawan- kawan aku, ramai yang berpandangan. Naik tingkatan lima, azam hanya untuk memenangi Kejohanan bola sepak (aku salah seorang pemain bola sepak sekolah) K.A.T(Kejohanan antara teknik), daerah, dan champion school. Tetapi, aku pun hampir hilang semngat dan azam untuk menuntut ilmu apabila terfikir tentang ini. Heh. Entah la.
Lagi pun, bola sepak ni, aku dah anggap for fun only. X terfikir dah nak jadi pemain bola sepak suatu hari nanti walaupun, dahulu, ingatan aku hanya untuk menjadi seorang pemain bola sepak professional. Aku tahu. Aku x boleh maju dalam sukan. Dah tau sukan x bla, blaja lak malas. Haha. Kesimpulannya. Hajat aku pada tahun ini hanya 1 iaitu untuk mendapat keputusan yang membanggakan dan menempah tiket ke institusi pengajian tinggi!

Assalamualaikum!

Thursday, December 25, 2008

coretan yang mampu diukir

Untuk Awak..
Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semo orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me...

Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak gune

Awak,
Hari ni awak tego saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boley berenti borak

Awak,
Hari ni saya tego awak
Tapi saya tego awak dalam hati
Jadik awak tak penah dengar all the gud lucks and
take care hari2

Awak,
Hari ni kita duduk semeje
Tapi raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik saya blah mcm tu ajer

Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak,
Hari ni saya nampak awak kat Mc D
Tapi awak tak macam dulu lagi, dah berteman
Jadik saya terdiam sendiri

Awak,
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenape tak boley pegi

Awak,
Hari ni saya menyesal ade ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadik nak tak nak terpakse sendiri

Awak,
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
awak focus kat tv

Awak,
hari ni saya tgk gambar kiter senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedey

Awak,
besok antare kita
ader balai berlepas
besok tak de besok untuk saya
besok jugak tak de besok untuk awak

Awak,
semoge satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit hati

Awak,
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji...
semua ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah penah
saye miliki.

Terime kasih Awak..Terima kasih sangat2 sebab pernah menyayangi diri saya

Friday, December 19, 2008

huh? ab or c?

Do you know what is mean by ABCDEFG

A Boy Can Do Everything For Girl

In Reverse

Girl Forget Everything Done & Catches new Boy Again

Vatican Sayings

1.Seseorang yang direstui dan tidak dapat dimusnahkan tidak ada
kesusahan dan tidak menyusahkan sesiapa;maka dia bebas dari
kemarahan dan ketidakadilan, kerana itu melambangkan kelemahan.

2.Kesakitan badan yg berpanjangan tidak lama;sakit yg teramat
hanya ada utk jangka masa yg sangat pendek, dan kesakitan yg
melebihi kesenangan tidak bertahan untuk banyak hari sekali.
Penyakit berpanjangan membawa kesenangan yg lebih daripada kesakitan.


3.Kita mesti membebaskan diri dari 'penjara' pendidikan awam dan
soal politik.


4.Tiada gunanya mendapatkan perlindungan daripada orang lain
selagi kita merisaukan kejadian yang berlaku di alam dan akhirat.

The end of crisis

Setelah dua hari saya bergelut dengan krisis, menghilangkan(tidak sengaja) memory card kawan, akhirnya, dapat juga diselesaikan. Nian indah pagi jumaat, sungguh nyenyak saya tidur kerana, tiada kelas tuisyen pada hari ini. Uh! Bestnya. Tepat jam 8:34:23 a:m, H (bukan nama sebenar) telah menelefon saya. Pada mulanya, saya malas untuk menjawab panggilannya. Tetapi, setelah akal dan fikiran saya berfungsi dan memikirkan tentang kebelas kasihan terhadapnya, saya menjawab panggilan itu. H terus menyuruh saya supaya lekas bangkit dari lamunan. Dia memberitahu saya bahawa dia mahu atang ke rumah saya untuk menjemput saya menggantikan memory card nya yang telah hilang disebabkan oleh saya sendiri. Kasihan. Setelah mendapat jirusan air yang agak sejuk di tandas, saya menjadi segar dalam kengantukan. Saya terus bergerak ke luar rumah sambil memgang helmet ntuk mengikut rakan saya membeli memory card tersebut. Pada mulanya, kami pergi ke pasaraya berdekatan, tetapi, masih tidak dibuka lagi. Kami terus berusaha mecari beberapa kedai. Tiba-tiba kami ternampak sebuah kedai telefon bimbit. Saya berkata “haa, berenti jap, cube kite tengok kat dalam. Mane tau ade”. H terus mengikut kata-kata saya lantas parking motor SS nya. Kami bertanya kepada empunya kedai “bang, ade memory card stick duo tak?” empunya kedai menjawab “tak adelah dik, kitorang jual memory card untuk handset je”. Lantas kami membalas “oh! Yeke? X pe r bang, time kaseh”. Tanpa berlengah, H terus menggerakkan enjin motornya walaupun sering kali sukar untuk bergerak kerana motornya menggunakan clush, (asyik mati je time masok 1st gear) kami tetap tidak mengalah dan akhirnya, apat juga motor tersebut bergerak. Huh! Lega rasanya, station seterusnya, kami ke pasaraya Giant. Saje je, mane tau jumpe memory card tu. Tiba sahaja di destinasi, kami terus meletakkan motor di tempat yang sepatutnya dan melangkah masuk ke dalam pasaraya tersebut. Saya tertoleh ke arah barat pasaraya tersebut an mendapati sebuah lot yang memasarkan barang2 elektrik seperti DVD, Televisyen dan lain-lain. Tanpa berlengah, kami terus melangkah beberapa tapak ke kedai tersebut. Tiba sahaja di kaunter, saya bertanya kepada seorang jurujual, “kak, memory card duo stick ade x?” jurujual menjawab, “oh, untuk kamera? Ade, tapi jenama apa?” H menjawab, “SONY”. Jurujual membalas “oh ade, kejap eyh, akak nk g ambek pastu nk check harga”. Setiba nya kembali terpacul di hadapan kami, dia terus memberi respon bahawa, harga memory card tersebut jika dikurangkan dari harga asal ialah RM 99.00. oh! Mahal sekali. Kami terus beredar dari kedai tersebut. H telah mencadangkan untuk pergi ke sebuah kedai berdekatan dengan taman perumahannya. Saya tanpa berfikir panjang, memberikan isyarat setuju. Setibanya kami di sana, H sahaja yang pergi bertanyakan jurujual di kedai tersebut. Malangnya respon yang diberikan oleh jurujual tersebut juga sama seperti keadaan pada permulaan tadi. Tiada memory card dijual disini.H mengambil keputusan untuk menelefon kakaknya dan bertanyakan dimanakah boleh dapatkan memory ard tersebut. Malangnya, panggilan H gagal dijawab. Kami meneruskan ke destinasi terakhir iaitu berdekatan dengan pasaraya The Store. Setibanya kami disana, kami terus bergegas masuk ke dalam kedai tersebut dan bertanyakan kepada jurujual tersebut. “cik, memory card ade jual x?”. lantas dia menjawab, “ada, kejap ye, acik nak g ambik”. Respon yang diberikan agak baik tetapi kami risau tentang harga yang di tawarkan terlalu tinggi. Sekembalinya mak cik tersebut, lantas saya bertanya, “brape ni cik?”. Dia menjawab “haa, RM 60”. Oh. Itu adalah harga terbaik untuk kami. H bertanyakan kepada saya “ ko hutang aku dulu lah?” saya menjawab “alaa, kongsi2 r”. H membalas “aku 30, ko 30?”. Tanpa berlengah, aku terus setuju dengan idea yang H berikan. H sahabat yang sungguh baik. Aku tahu. Walaupun aku yang bersalah, dia tetap menolong. Oh, selepas makcik tersebut menulis resit, kami terus pulang ke rumah kerana pada hari ini, kami serta umat islam, akan mengerjakan ibadah jumaat.
haa. ini lah!


Friday malam (Mari bercerita)



Kawan saya beritahu, malam jumaat adalah masa yang paling afdal untuk melakukan proses persenyawaan. Betulkah? Tapi, bagi saya, malam ini, saya hanya membaca sebuah novel(1st time rase nya bace noval sampai habis) yang bertajuk “Panglima Salleh Selempang Merah” oleh Zaharah Nawawi. Novel ini berkisar tentang seorang pahlawan, Panglima Salleh. Nama Panglima Salleh terukir dalam sejarah tanahair kerana kepahlawanan menentang pasukan komunis yang bermaharajalela di kawasa n selatan tanah air khususnya di Johor. Peristiwa berdarah yang tragik ini berlaku di sekitar penghujung zaman Perang Dunia Kedua. Nama Panglima Salleh telah menjadi ‘sinonim’ dengan selempang merah kerana di situlah lambang kegagahan dan kepahlawanan beliau. Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan kepaa kalian.






Kecil-kecil cili padi


Kita diasuh sejak dari kecil lagi. Sejak kita mula membuka mata dan melihat dunia, tiada apa yang kita ketahui. Hanya tangisan yang terus dilaungankan. Tetapi, ibu dan bapalah yang terus mendidik kita tentang apa yang kita tidak ketahui, apa yang baik, dan apa yang buruk. Sehingga tangisan kita berkurangan, dan masa terus berlalu, serta umur makin meingkat, kita di hantar ke pusat pendidikan ataupun sekolah, untuk memperoleh ilmu untuk belajar tentang kehidupan, dan pada hari perhitungan. Kita dihantar untuk menjadi seorang manusia yang berguna kelak. Ibu dan bapa sanggup menghabiskan wang mereka da memerah tenaga untuk terus bekerja tanpa kenal erti penat untuk terus membesarkan kita. Bersambung…

Kasut kesayangan lagi. Masihkah?

Bercerita tentang kasut, jika korang disoal, mesti jenama kasut yang tinggi hargaya disebut. Betul tak? Tidak seperti saya, hanya bata,asadi yang hanya menjadi kegilaan saya. Tidak masuk akal bagi saya untuk membeli jenama seperti adi***,Ni** dan lain-lain. Uh, saya tidak tahu untuk berkata-kata lagi, lihat sahajalah perbezaan ketara pada rajah yang terdapat dibawah ini(kesian kasutku).


sewaktu sebelum bermulanya kemusnahan


selepas kemusanahan melanda. ah! kasutku