Ya. Saya baru sahaja pulang dari medan peperangan(gig).Maafkan saya jika itu bukanlah bahasa yang sesuai untuk digunakan.Tetapi, itulah hakikatnya kerana,badan ku terasa sungguh sakit yang teramat sangat akibat padah menyertai MOSH.uh. biasa lah tu, nama pun gig. Kalau tidak sakit badan, bukan gig namanya. Bayaran yang dikenakan juga saya rasa berbaloi dengan band yang perform. Last strive(kedah),bleeding mascara(perak),Maya(ipoh) dan lain2. Maaf ya, saya tidak tahu band yang seterusnya kerana saya pulang awal berikutan masalah yang bakal melanda jika saya pulang terlalu lewat, maklumlah, saya sudah berpunya.Lagipun, ibu mesti bising jika pulang lewat.Tetapi, ok lah tu, balik pukul 12 mlm. Puas hati jugaklah.Kawan saya pun nak pulang awal ke rumah. So, ikut sahajalah. Semasa enjin motor sudah di bergerak, saya terus berfikir untuk meminjam memory card kerana sewaktu upacara gig berlangsung, banyak gambar yang berjaya disimpan ke dalam memory tersebut.Saya terus menyuruh kawan saya Alif(bukan nama sebenar) untuk terus pergi ke rumah Fais(bukan nama sebenar).Sampai sahaja disana, saya terus berbincang dengannya mengenai memory card tersebut dan card reader untuk dipinjam.Saya terus berdegil denganya untuk memijam, akhirnya dia mengalah dan saya menerima apa yang dihajati. Selepas itu, saya terus menyuruh Alif(bukan nama sebenar) bergerak pulang ke rumah.Sebelum bergerak, Zul(bukan nam sebenar) yang telah menumpangkan Fais(bukan nama sebenar) untuk ke gig, telah memulangkan semula kedua-dua helmet milik saya.Saya terus menyambut dan card reader tersebut saya telah letakkan didalam raga motor kawan saya(memory card terselit di situ juga, malas untuk mengambil dan meletakkan ke dalam poket).Selepas itu, saya terus melambai-lambaikan tangan ke arah kawan saya kerana rumah kami terletak di berlainan tempat atau kawasan, dia juga turut melakukan sebegitu lantas memerahkan throttle motornya.Sampai sahaja dirumah, saya terus meletakkan kedua-dua topi keledar keselamatan tersebut di atas sebuah kabinet. Saya terus masuk ke dalam rumah sambil memegang erat card reader tersebut dan saya ternampak sekujur tubuh.Oh, jangan lari dahulu, sebentar. Itu adalah kakak saya yang hanya kusyuk menonton televisyen.Saya terus melangkah untuk ke bilik dan sampai sahaja di bilik,saya terus melemparkan card reader tersebut ke atas sebuah katil . Selepas itu, saya terus menggapai sebuah telefon bimbit saya yang terletak diatas meja. Saya sengaja untuk tidak bawa ke gig kerana tidak mahu ibu menelefon saya untuk pulang awal. Hehe. Selepas itu, saya terlihat sebuah message yang belum dibaca dan terus membukanya. Oh. Itulah, kekasih hatiku, Liyana namanya. Dia menghantar mesej tepat pada pukul 11.34 p.m. Saya terus reply message tersebut dan ke dapur untuk menjamah masakan ibu saya. Oh. Sedap sekali, bihun sup! Ah, tanpa memikirkan apa-apa, laju sahaja saya menjamah rezeki tersebut. Selesai sahaja menjamah, tiba-tiba kakak saya ke dapur untuk mendapatkan air.Dahaga kot. Dia bertanya “sape turun(perform gig)”. Saya menjawab “(alaa, kau x kenal kot. Hardcore. Indie x de”). Dia terus menutup peti ais dan beredar.Saya pun turut melakukan sebegitu. Saya ke bilik dan terus menyalakan pc saya untuk memuat turun gambar saya daripada card reader tersebut.Apabila pc telah beroperasi, saya pelik kerana car reader tidak boleh mengesan memory card. Akhirnya, malang telah menimpa saya.Memory card kawan saya telah hilang! Mungkin telah tejatuh dalam perjalanan menuju ke rumah saya.Oh my god! Saya terus bertanyakan Alif(bukan nama sebenar) bahawa adakah dia menjumpai cip bodoh tersebut.Saya juga menyuruh dia memeriksa didalam raga motornya.Dia telah mencari dan operasi mencari dan menyelamatnya juga gagal.Saya sungguh hampa dan telah berbincang dengan buah hati saya bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ini. Dia menenangkan saya dan dia memberitahu saya bahawa jika rumah kami berdekatan, dia mahu menyumbangkan sedikit pitis(fulus) untuk menggantikan cip tersebut.Saya memberitahunya bahawa, saya tidak mahu menggunakan wangnya. Saya faham, hati nya amat mulia dan ikhlas ingin membantu saya.Tetapi, saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun dalam permasalahan yang saya kecapi.Saya telah mencari diluar dan didalam rumah. Gaya saya ketika malam itu tidak asing seperti gaya seorang perompak menyuluh tochlight untuk menyelinap masuk ke dalam rumah(pecah rumah).Akhirnya, tension dan penat, saya mengambil keputusan untuk tidur kerana keesokan petang, saya tuisyen.Oh tuhan, malang sekali nasib diriku.
Oleh saya, Syafiq.N pada pukul 9.51 a.m
sedih sungguh daku =)
ReplyDelete