Friday, December 26, 2008

Sehari selembar benang + dua hari, dua lembar +tiga hari? Kira lah sendiri

Sehari, tidak sah tanpa dosa. Sehari, tidak sah jika malaikat tidak mencatat keburukan. Biasalah, manusia. Tiada yang sempurna. Hari ini amat bosan sekali. Tiada apa aktiviti yang bagus dapat dilakukan. Tgk tv + makan + sms + tidur. Hari-hari mendatang. Semuanya sama. Mimpi pun, telah berulang kali ditayangkan dalam layar fikiran aku. Entah. Tapi. Masuk sekolah. Keadaan pasti berubah. Memandangkan aku adalah seorang calon S.P.M 2009, aku bertekad untuk berusaha dengan gigih untuk meraih 10A1. ya. Aku mencabar diri sendiri. Alaa, lagipun SPM menjamin masa hadapan. Untuk mencapai cita-cita, harus berusaha. Tapi kan, aku rasa, tahun depan mesti lagi besar cabaran. Yela. Form 5. yang paling besar dalam sekolah. Mesti naik kepala. Lawan cakap cikgu. Patutlah tak berkat apa yang dipelajari. Aku percaya, ini semua angkara gagal mendapatkan kawan yang baik-baik. Mungkin hasutan mereka ataupun diri sendiri. Maaf. Aku tak salah kan rakan-rakan. Tahun depan. Kawan- kawan aku, ramai yang berpandangan. Naik tingkatan lima, azam hanya untuk memenangi Kejohanan bola sepak (aku salah seorang pemain bola sepak sekolah) K.A.T(Kejohanan antara teknik), daerah, dan champion school. Tetapi, aku pun hampir hilang semngat dan azam untuk menuntut ilmu apabila terfikir tentang ini. Heh. Entah la.
Lagi pun, bola sepak ni, aku dah anggap for fun only. X terfikir dah nak jadi pemain bola sepak suatu hari nanti walaupun, dahulu, ingatan aku hanya untuk menjadi seorang pemain bola sepak professional. Aku tahu. Aku x boleh maju dalam sukan. Dah tau sukan x bla, blaja lak malas. Haha. Kesimpulannya. Hajat aku pada tahun ini hanya 1 iaitu untuk mendapat keputusan yang membanggakan dan menempah tiket ke institusi pengajian tinggi!

Assalamualaikum!

2 comments: