Friday, December 19, 2008

The end of crisis

Setelah dua hari saya bergelut dengan krisis, menghilangkan(tidak sengaja) memory card kawan, akhirnya, dapat juga diselesaikan. Nian indah pagi jumaat, sungguh nyenyak saya tidur kerana, tiada kelas tuisyen pada hari ini. Uh! Bestnya. Tepat jam 8:34:23 a:m, H (bukan nama sebenar) telah menelefon saya. Pada mulanya, saya malas untuk menjawab panggilannya. Tetapi, setelah akal dan fikiran saya berfungsi dan memikirkan tentang kebelas kasihan terhadapnya, saya menjawab panggilan itu. H terus menyuruh saya supaya lekas bangkit dari lamunan. Dia memberitahu saya bahawa dia mahu atang ke rumah saya untuk menjemput saya menggantikan memory card nya yang telah hilang disebabkan oleh saya sendiri. Kasihan. Setelah mendapat jirusan air yang agak sejuk di tandas, saya menjadi segar dalam kengantukan. Saya terus bergerak ke luar rumah sambil memgang helmet ntuk mengikut rakan saya membeli memory card tersebut. Pada mulanya, kami pergi ke pasaraya berdekatan, tetapi, masih tidak dibuka lagi. Kami terus berusaha mecari beberapa kedai. Tiba-tiba kami ternampak sebuah kedai telefon bimbit. Saya berkata “haa, berenti jap, cube kite tengok kat dalam. Mane tau ade”. H terus mengikut kata-kata saya lantas parking motor SS nya. Kami bertanya kepada empunya kedai “bang, ade memory card stick duo tak?” empunya kedai menjawab “tak adelah dik, kitorang jual memory card untuk handset je”. Lantas kami membalas “oh! Yeke? X pe r bang, time kaseh”. Tanpa berlengah, H terus menggerakkan enjin motornya walaupun sering kali sukar untuk bergerak kerana motornya menggunakan clush, (asyik mati je time masok 1st gear) kami tetap tidak mengalah dan akhirnya, apat juga motor tersebut bergerak. Huh! Lega rasanya, station seterusnya, kami ke pasaraya Giant. Saje je, mane tau jumpe memory card tu. Tiba sahaja di destinasi, kami terus meletakkan motor di tempat yang sepatutnya dan melangkah masuk ke dalam pasaraya tersebut. Saya tertoleh ke arah barat pasaraya tersebut an mendapati sebuah lot yang memasarkan barang2 elektrik seperti DVD, Televisyen dan lain-lain. Tanpa berlengah, kami terus melangkah beberapa tapak ke kedai tersebut. Tiba sahaja di kaunter, saya bertanya kepada seorang jurujual, “kak, memory card duo stick ade x?” jurujual menjawab, “oh, untuk kamera? Ade, tapi jenama apa?” H menjawab, “SONY”. Jurujual membalas “oh ade, kejap eyh, akak nk g ambek pastu nk check harga”. Setiba nya kembali terpacul di hadapan kami, dia terus memberi respon bahawa, harga memory card tersebut jika dikurangkan dari harga asal ialah RM 99.00. oh! Mahal sekali. Kami terus beredar dari kedai tersebut. H telah mencadangkan untuk pergi ke sebuah kedai berdekatan dengan taman perumahannya. Saya tanpa berfikir panjang, memberikan isyarat setuju. Setibanya kami di sana, H sahaja yang pergi bertanyakan jurujual di kedai tersebut. Malangnya respon yang diberikan oleh jurujual tersebut juga sama seperti keadaan pada permulaan tadi. Tiada memory card dijual disini.H mengambil keputusan untuk menelefon kakaknya dan bertanyakan dimanakah boleh dapatkan memory ard tersebut. Malangnya, panggilan H gagal dijawab. Kami meneruskan ke destinasi terakhir iaitu berdekatan dengan pasaraya The Store. Setibanya kami disana, kami terus bergegas masuk ke dalam kedai tersebut dan bertanyakan kepada jurujual tersebut. “cik, memory card ade jual x?”. lantas dia menjawab, “ada, kejap ye, acik nak g ambik”. Respon yang diberikan agak baik tetapi kami risau tentang harga yang di tawarkan terlalu tinggi. Sekembalinya mak cik tersebut, lantas saya bertanya, “brape ni cik?”. Dia menjawab “haa, RM 60”. Oh. Itu adalah harga terbaik untuk kami. H bertanyakan kepada saya “ ko hutang aku dulu lah?” saya menjawab “alaa, kongsi2 r”. H membalas “aku 30, ko 30?”. Tanpa berlengah, aku terus setuju dengan idea yang H berikan. H sahabat yang sungguh baik. Aku tahu. Walaupun aku yang bersalah, dia tetap menolong. Oh, selepas makcik tersebut menulis resit, kami terus pulang ke rumah kerana pada hari ini, kami serta umat islam, akan mengerjakan ibadah jumaat.
haa. ini lah!


No comments:

Post a Comment